Majlis Jasamu Dikenang Kakitangan JKKKP
13 Ogos 2021, JKKKP – Majlis jasamu dikenang bagi kakitangan JKKKP telah berlangsung pada jumaat, jam 3.00 petang melalui google meet. Kakitangan yang terlibat pertukaran jabatan adalah Puan Nadiayanti Yusoff- Unit Pengurusan Acara , Encik Mohd Ridzuwan Rosli , Unit Komunikasi Korporat dan Media, Puan Rahimah Hj Maulub, Puan Syahirah Aqilah Hanafiah dan Puan Siti Amirah Ramli dari Unit Khidmat Pelanggan. Jabatan merakamkan ribuan terima kasih sepanjang tempoh perkhidmatan di JKKKP dan mengucapkan selamat maju jaya.







