Webinar ‘Menopos Lelaki: Mitos atau Fakta?’

12 Nov 2021

Sempena Bulan Hari Lelaki Sedunia, webinar ‘Menopos Lelaki: Mitos atau Fakta?’ akan diadakan pada 19 November 2021 secara zoom dan FB Live. Orang awam dan warga HCTM boleh menyertai webinar ini dan bertanya soalan kepada penceramah semasa webinar berlangsung.

Bicara Santai HCTM Siri 2 /2021

5 Jul 2021

Bicara Santai HCTM Siri 2/2021 telah diadakan pada 29 Jun 2021, jam 2.30 petang melalui aplikasi webex meeting. Pelbagai topik telah dibincangkan dalam bicara ini bersama dua orang panel jemputan iaitu Encik Shahrol Iza Suid Albana, Ketua Jabatan Multimedia dan Penyiaran dan Encik Rosli Nasir, Ketua Unit Fotografi, Jabatan Multimedia dan Penyiaran. Tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan multimedia dan penyiaran. Program ini merupakan program siri kedua atas talian anjuran Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan.

Bicara Santai HCTM Siri 1 /2021

26 Apr 2021

Bicara Santai HCTM Siri 1/2021 telah diadakan pada 26 April 2021 pada jam 2.30 petang dengan penyertaan kakitangan seramai 296 orang melalui aplikasi Zoom. Dua topik telah dibincangkan dalam bicara ini bersama tiga orang panel jemputan iaitu Puan Wan Fatimah, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, En. Hairol Azman, Unit Forensik JPMD, Ustaz Hasrizal, Pusat Islam KKL. Tajuk yang dibincangkan ialah ‘Apakah prosedur dan cara-caranya sekiranya waris atau kakitangan meninggal dunia secara tiba-tiba pada waktu cuti umum di wad HCTM’ dan ‘Bagaimana sekiranya kakitangan Kampus Kuala Lumpur meninggal dunia semasa bertugas atau di luar hospital?’. Program ini merupakan program pertama atas talian anjuran Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. 

Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021

20 Apr 2021

Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021 bertajuk “Concept of Carbohydrate Exchange – Learn More & Get It Right!” anjuran Unit Komunikasi Korporat dan Media telah diadakan petang semalam secara Facebook LIVE dengan bilangan penonton secara langsung seramai 130 orang. Webinar ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengikut Facebook HCTM dan orang awam akan kepentingan menjaga pengambilan makanan dan kuantiti serta jenis makanan  yang betul terutama sekali dalam bulan Ramadan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Loo Mei Fong, Senior Diabetes Nurse Educator, Sanofi Pharmaseutical. Manakala moderator ceramah ini ialah Puan Yasmin Rahimi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Media. Walaupun tiada markah eSPeL ditawarkan dalam webinar ini, namun jumlah penonton secara langsung amat mengalakkan.

Search

+