MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PORTABLE OXYGEN CONCENTRATOR DAN POWER AIR PURIFYING RESPIRATOR OLEH PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM KEPADA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
CHERAS, 30 September 2021 ( Khamis) – Sebanyak 50 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 14 unit Power Air Purifying Respirator (PAPR) daripada Pusat Perhubungan Alumni dan 10 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 1,050 unit Isolation Coverall Suit sumbangan peribadi daripada Datuk Wira Wen Tai Chun, Presiden Sayling Wen Cultural & Educational Foundation dan Datin Wira Audrey Yang melalui The Association of Global Industry Academia Collaboration Malaysia telah diserahkan melalui Sesi Serahan Peralatan Perubatan yang diadakan pada petang tadi di Dewan Serbaguna Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.



























