Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021

20 Apr 2021

Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021 bertajuk “Concept of Carbohydrate Exchange – Learn More & Get It Right!” anjuran Unit Komunikasi Korporat dan Media telah diadakan petang semalam secara Facebook LIVE dengan bilangan penonton secara langsung seramai 130 orang. Webinar ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengikut Facebook HCTM dan orang awam akan kepentingan menjaga pengambilan makanan dan kuantiti serta jenis makanan  yang betul terutama sekali dalam bulan Ramadan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Loo Mei Fong, Senior Diabetes Nurse Educator, Sanofi Pharmaseutical. Manakala moderator ceramah ini ialah Puan Yasmin Rahimi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Media. Walaupun tiada markah eSPeL ditawarkan dalam webinar ini, namun jumlah penonton secara langsung amat mengalakkan.

Majlis Semarak Sambutan Ramadhan Al-Mubarak JKKKP

5 Apr 2021

Majlis Semarak Sambutan Ramadhan Al-Mubarak JKKKP yang dianjurkan pada 2 April 2021, jam 3.00 petang merupakan program pertama sejak penggabungan Unit Acara & Protokol dan Jabatan Khidmat Pelanggan. Objektif penganjuran majlis adalah untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan dan juga merapatkan silaturrahim antara kakitangan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP). Seterusnya tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Hassan daripada Pusat Islam KKL. Kemuncak program yang dinantikan ialah acara menjamu selera. Seiring dengan jamuan makan, sesi penyampaian Anugerah Istimewa Kakitangan ‘Beyond Expectation’, sesi kuiz dan permainan minda turut diselitkan.

Pelancaran Twitter HCTM – Dapatkan kupon khas Gloria Jean’s Coffee x Eco Brown Rice

16 Mar 2021

Aktiviti pelancaran Twitter HCTM  akan diadakan pada 19 Mac 2021 pada jam 11.00 pagi di hadapan Gloria Jean’s Coffee. Gloria Jean’s dengan kerjasama Eco Brown Rice menawarkan menu khas dengan menggunakan beras perang. Warga HCTM dan awam boleh mendapatkan menu eksklusif ini pada hari tersebut sempena kempen pelancaran Twitter. Warga HCTM dan orang awam hanya perlu Follow dan Like Twitter kami dan berpeluang mendapatkan kupon diskaun menu terhad. Jangan lepaskan peluang dan jom sertai program ini. 

Sempena Hari Tidur Sedunia

16 Mar 2021

Sempena Hari Tidur Sedunia yang jatuh pada 19 Mac, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP akan menganjurkan webinar yang bertajuk ‘Eat a lot, SLEEP a lot’ akan diadakan secara atas talian melalui FB Live. Webinar ini akan mengupas kepentingan tidur dan kesihatan. Penceramah jemputan ialah Prof. Dr. Marina Mat Baki dari Jabatan Otorinolaringologi. Semua warga HCTM, UKM dan orang awam dialu-alukan untuk menonton sesi perkongsian ilmu ini.

1 2

Search

+