Tahniah Pemenang Kuiz RMHC

8 Apr 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz Ronald McDonald House Charities (RMHC). Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald, Gift of Smile, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Pek Kembali Ke Sekolah. Rumah Ronald McDonald yang pertama di ASEAN terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, menawarkan penginapan kepada keluarga pesakit kanak kanak yang sedang mendapatkan rawatan di HCTM kadar bayaran RM5 sehari. Pihak kami mengucapkan tahniah kepada 10 orang peserta kuiz yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan terpilih untuk menerima saguhati daripada RMHC. 

Kuiz-RMHC

Tahniah Pemenang Kuiz Kenali Beras Perang

24 Mar 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz Kenali Beras Perang. Penganjur menerima banyak penyertaan kuiz pada kali ini dan ramai peserta mendapat markah penuh. Namun begitu, hanya 10 orang peserta yang bertuah sahaja yang berpeluang menerima saguhati/token daripada kami. Saguhati disumbangkan oleh Eco Brown Rice.

 

Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada yang terpilih, dan bagi yang tidak terpilih boleh cuba lagi dalam kuiz yang akan datang. Berikut adalah jawapan kuiz.

KUIZ-BERAS-PERANG

 

Tahniah Pemenang Kuiz Buah Pinggang

16 Mar 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz Buah Pinggang. Penganjur menerima banyak penyertaan kuiz pada kali ini dan ramai peserta mendapat markah penuh. Namun begitu, hanya 10 orang peserta yang bertuah sahaja yang berpeluang menerima saguhati/token daripada kami. 

Berikut disertakan jawapan Kuiz Buah Pinggang yang lepas untuk rujukan dan senarai 10 orang peserta bertuah. Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada yang terpilih, dan bagi yang tidak terpilih boleh cuba lagi dalam kuiz yang akan datang. 

Soalan-kuiz-WKD-2021

Tahniah Pemenang Kuiz Hepatobiliari

22 Feb 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuz Hepatobiliari. Pemenang kuiz berjaya meraih markah tertinggi dalam kuiz ini. Untuk menyemak semula soalan dan jawapan kuiz, sila rujuk lampiran berikut:

HPBquiz2021

Search

+