Video Raya: Rendang Untuk Aliff

10 Apr 2025

Pengambaran Video Raya berjudul ‘Rendang Untuk Aliff’ telah ditayangkan kada 29 Mac 2025 di platform Facebook HCTM dan HCTM TV. Pengambaran yang dihasilkan bermula bulan Ramadan ini telah dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Multimedia Penyiaran dan bakat-bakat daripada kakitangan HCTM. Pengambaran ini dijalankan di kawasan HCTM dan Jabatan Kecemasan. Objektif video ini adalah untuk menghargai pengorbanan kakitangan HCTM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

 

Saksikan video ini di pautan di bawah:

 

Behind the scene:

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG)

10 Apr 2025

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) telah diadakan pada 19 Mac 2025, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Sukmaria, Aras 3, Bangunan Klinikal HCTM. Tujuan sidang media ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) iaitu prosedur endoskopik inovatif yang bertujuan mengurangkan kapasiti perut hampir 70% menggunakan teknik jahitan khas melalui prosedur Upper Endoscopy (OGDS). Prosedur telah terbukti membantu pesakit mengurangkan berat badan berlebihan secara signifikan serta mengawal penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, hati berlemak, dan kolesterol tinggi.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menjadi hospital pengajar dan hospital kerajaan pertama yang menjalankan prosedur ini pada 11 Mac 2025 yang lalu melalui Bengkel 1st UKM Endo Sleeve (ESG) Workshop: Weight Loss without Scar. Tiga pesakit terlibat dalam prosedur pertama tersebut dan semuanya telah selamat discaj tanpa sebarang komplikasi. Walaupun ESG masih baharu di Malaysia, HCTM berharap dapat memperluaskan kesedaran serta melatih lebih ramai profesional perubatan dalam ESG, seterusnya memberikan pilihan rawatan yang lebih selamat, kurang invasif, dan efektif kepada pesakit obesiti yang berisiko tinggi. Rawatan ini dapat memberikan harapan kepada mereka yang menghadapi masalah obesiti dengan risiko komplikasi kesihatan yang tinggi.

Pengamal media yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai ESG dan berminat membuat liputan temubual bersama pakar, boleh hubungi kami di talian 03-9145 5185 (Cik Noorlaily).

 

 

 

 

 

 

 

Penerbitan Kandungan kreatif Lensa dan Banteras Covid-19 daripada pihak FINAS di HCTM

19 Jul 2021

Pada 15 Julai 2021 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal telah menjalankan penerbitan kandungan kreatif Lensa Nasional dan Banteras Covid-19 yang akan ditayangkan di saluran RTM, BERNAMA TV, saluran TVS dan Youtube FINAS. Antara objektif penggambaran ini ialah untuk memberikan gambaran jelas kepada orang ramai mengenai operasi dan khidmat HCTM bagi pemberian vaksin pandu lalu (drive thru) kepada Orang Kurang Upaya, dokumentasi dan penggambaran melibatkan operasi dan perkhidmatan Jabatan Perubatan Makmal Diagnostik (JPMD) dan skop-skop lain yang penting. Pada masa yang sama juga, pihak pengurusan FINAS juga berpeluang menemu ramah Pihak produksi juga sempat menemu ramah Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk penggambaran ini. HCTM amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama FINAS dalam menyebarkan infomasi tepat dan sahih mengenai Covid-19 kepada penonton sebagai kempen kerajaan bagi mempromosi pencegahan Covid-19 kepada rakyat melalui hebahan di platform penyiar, media sosial dan tayangan komuniti.

Search

+