Bengkel Pemerkasaan Komunikasi Korporat

5 Nov 2024

Jabatan Komunikasi Korporat (JKK) telah mengadakan adalah Bengkel Pemerkasaan Komunikasi Korporat pada 2-3 November 2024 bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (ALAF-UKM). Pelaksanaan bengkel adalah untuk memperkasakan lagi kakitangan dalam bidang korporat melalui strategik komunikasi yang menyokong visi dan misi HCTM. Antara topik menarik yang diketengahkan dalam bengkel ini ialah Penjenamaan dan Identiti Korporat, Komunikasi Strategik, dan Penjenamaan.

 

 

Bengkel Pemurnian Rekabentuk Laman Web, Media Sosial dan Media

24 May 2024

Bengkel Pemurnian Rekabentuk Laman Web, Media Sosial dan Media  diadakan  15 Mei 2024 (Rabu), jam 9.00 pagi, di Level 3A, Community Living Hall, HotelKomune Living and Wellness, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Objektif bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan rekabentuk laman web HCTM, mendapatkan idea penambahbaikan media sosial. Pada sesi petang, ceramah ‘Berdepan Dengan Pengamal Media, Apa Perlu Anda Tahu?’ yang disampaikan oleh Dr. Shahrul Nazmi Sannusi, Penyarah Pusat Kajian Media dan Komunikasi, FSSK. Peserta sesi petang terdiri daripada kakitangan klinikal yang mungkin berdepan dengan pengamal media, selok belok menangani wartawan , Pengurusan Krisis, dan Komunikasi Korporat telah diberikan kepada peserta bengkel.

 

 

Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM

20 Jun 2022

Pada 16 Jun 2022 yang lalu, Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM telah diadakan di Aras G, Ruang Klinik Pediatrik. Platform ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam warga HCTM dalam bidang pengacaraan. Seramai 15 orang peserta dan 3 orang juri telah menjayakan sesi ujibakat ini. Salah seorang juri, Harits Asyraf Hasnan daripada Astro Awani telah diundang khas untuk ujibakat ini. Turut hadir memberikan sokongan En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM.

 

Kursus Komunikasi Berkesan (ACT)

16 Jul 2021

Kursus Komunikasi Berkesan (ACT) anjuran Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya Jabatan Sumber Manusia, HCTM telah diadakan pada 14 Julai 2021 bermula 9 pagi secara “Zoom Meeting dengan bilangan penonton secara langsung seramai 200 orang. Antara objektif kursus ini diadakan untuk memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Intan Nurhaila Meor Safari, Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Puan Aliza Mansor, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Manakala moderator kursus ini ialah Encik Farihan, Jabatan Sumber Manusia.

Search

+