Video Raya: Rendang Untuk Aliff

10 Apr 2025

Pengambaran Video Raya berjudul ‘Rendang Untuk Aliff’ telah ditayangkan kada 29 Mac 2025 di platform Facebook HCTM dan HCTM TV. Pengambaran yang dihasilkan bermula bulan Ramadan ini telah dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Multimedia Penyiaran dan bakat-bakat daripada kakitangan HCTM. Pengambaran ini dijalankan di kawasan HCTM dan Jabatan Kecemasan. Objektif video ini adalah untuk menghargai pengorbanan kakitangan HCTM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

 

Saksikan video ini di pautan di bawah:

 

Behind the scene:

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

10 Apr 2025
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 26 Mac 2025 (Rabu), di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini bertujuan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia, serta untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan hospital dan warga HCTM. Aktiviti memasak dan membungkus rendang daging telah dijalankan seawal jam 10.00 pagi dengan bantuan 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan HCTM.
Sebanyak 500 pek rendang daging telah berjaya disediakan dan agihan telah dibuat pada jam 3.00 petang. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila kakitangan HCTM mula membanjiri lokasi agihan seawal jam 2.30 petang. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.
@hctm_ukm

Jom Merendang Bersama Pengurusan HCTM #HCTM #UKM #betterfasterfriendlier #HCTMtiktok #MerendangBersamaPengurusan #fyp #fypシ゚viral

♬ Serumpun – Mimifly

 

Persembahan Tarian Sumazau dan Magunatip

24 Jun 2024
Jabatan Komunikasi Korporat telah menganjurkan aktiviti seni bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 iaitu Persembahan Tarian Sumazau dan Magunatip oleh Pusat Kebudayaan Universiti, UKM di Lobi Utama, HCTM pada 4 Jun 2024 yang lalu.
Aktiviti yang diadakan ini bertujuan memperkenalkan dan mempersembahan tarian tradisional kaum etnik Sabah dan Sarawak. Tarian sumazau diinspirasikan daripada corak terbang burung helang yang disaksikan oleh petani di ladang semasa musim menuai. Manakala, tarian magunatip lebih dikenali sebagai tarian buluh. Dalam pada itu, warga HCTM dan orang awam turut diberi peluang dan pengalaman untuk mencuba sendiri kedua-dua tarian tersebut.
Persembahan yang berlangsung selama 1 jam ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengurusan HCTM iaitu Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan.

Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia

22 Aug 2023

Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.

Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan”

8 Jun 2023

CHERAS, 7 Jun 2023 – Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Tuan Syamsul Debat bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H telah diadakan di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar secara sederhana tetapi bermakna buat warga HCTM. Program kerohanian anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi pemahaman, dan menghayati erti pengorbanan sebenar. Topik yang disampaikan amat bertepatan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dan penceramah bijak menggunakan situasi di tempat kerja sebagai contoh bagi memastikan mesej dan maksud pengorbanan sampai kepada warga yang hadir.

Program amat memberansangkan apabila kehadiran fizikal kakitangan ke program mencecah had seramai 320 orang warga HCTM dan 300 penonton di saluran youtube HCTM TV. Program dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan, dan Warga HCTM.

Orang awam dan warga HCTM UKM boleh menonton tayangan program di saluran Youtube HCTM : https://www.youtube.com/watch?v=1PAt-QgA3Oc&t=4465s

Jualan Amal Buku-Buku Terpakai 2022

20 Jun 2022

Pada 8 dan 9 Jun 2022 yang lalu, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP telah menjalankan Jualan Amal Buku-Buku Terpakai di Ruang Galeri, Blok Pendidikan. Jualan yang berlangsung selama dua hari ini berjaya menjual lebih 300 buah buku dan meraih hasil sebanyak RM1,392. Hasil jualan akan disumbangkan ke dalam Tabung Pesakit HCTM. Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Acara JKKKP dan Jabatan Kewangan atas bantuan sepanjang jualan berlangsung. Tidak lupa juga kepada penyumbang dan pembeli buku-buku terpakai dalam menjayakan jualan amal ini.

Program Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Pelanggan – Pembersihan Kerusi Roda

24 Mar 2021
CHERAS, 19  Februari 2021 – Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Kerusi Roda adalah inisiatif Unit Khidat Pelanggan JKKKP bagi memastikan kerusi roda yang digunakan oleh pesakit HCTM sentiasa dalam keadaan bersih. Program ini juga sebagai langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, kakitangan Unit Khidmat Pelanggan khasnya berpeluang untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan disamping memenuhi salah satu kriteria dalam penilaian kakitangan. Aktiviti ini diadakan secara berkala dan penglibatan terhad untuk 20 orang sahaja.
 
 

Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Surau Ibnu Sina HCTM

24 Mar 2021
CHERAS, 19 Februari 2021 – Seramai 10 orang kakitangan Unit Khidmat Pelanggan, JKKKP terlibat dalam program membersihkan Surau Ibnu Sina HCTM. Program ini diadakan untuk memastikan surau sentiasa bersih, membendung penularan wabak Covid-19 serta memberi peluang kepada kakitangan memenuhi kriteria kemasyarakatan dalam penilaian kakitangan.

Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Bilik Jenazah

24 Mar 2021

CHERAS, 26 Februari 2021 – Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Bilik Jenazah HCTM telah diadakan pada jam 3.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Seramai 12 orang kakitangan Unit Khidmat Pelanggan, JKKKP mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan ini. Program bermula dengan taklimat ringkas daripada wakil Pusat Islam KKL UKM sebelum aktiviti membersihkan bilik dimulakan. Aktiviti ini diadakan secara berkala dan mendapat sambutan menggalakkan

 

Search

+