Melestarikan Kesejahteraan Pengamal Media: Kejayaan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026

2 Jul 2026

Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan warga media yang menjadi nadi penggerak informasi negara, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT pada 24 Jun 2026 lalu. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Program yang diselaraskan oleh Jabatan Komunikasi Korproat HCTM bermula pada jam 10.00 pagi di Lobi East, Astro Bukit Jalil. Kehadiran pasukan perubatan HCTM bagi mendekati pengamal media membuktikan komitmen tinggi agensi kerajaan dalam menterjemahkan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara praktikal. Inisiatif ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pengamal media yang sering mendepani jadual kerja yang padat dan mencabar.

Program saringan kesihatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 150 kakitangan Astro hadir memanfaatkan peluang yang disediakan. Pada peringkat awal, para peserta dikehendaki menjalani saringan kesihatan asas. Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah semakan tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), ujian tahap kolesterol, serta pemeriksaan kadar gula dalam darah. Saringan awal ini penting sebagai petunjuk aras (indicator) tahap kesihatan semasa individu sebelum beralih ke fasa pemeriksaan yang lebih spesifik.

Menariknya, program kali ini tidak hanya terhad kepada pemeriksaan yang biasa. Selepas mendapat konsultasi asas daripada petugas kesihatan, para peserta turut berpeluang merujuk ke kaunter saringan khusus yang dibuka khas. Antaranya termasuklah kaunter saringan kesihatan paru-paru, kulit, buah pinggang, dan juga pemeriksaan peti suara iaitu komponen yang amat kritikal bagi pengacara dan wartawan penyiaran. Pendekatan holistik ini membolehkan warga media mengesan awal sebarang simptom penyakit kronik atau masalah kesihatan yang berpotensi menjejaskan prestasi kerja mereka.

Secara keseluruhannya, Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026 telah mencapai objektifnya dalam memupuk budaya gaya hidup sihat di tempat kerja. Komitmen yang ditunjukkan oleh HCTM dan KPT ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, sekali gus memastikan “wira yang tidak didendang” di sebalik tabir media negara ini sentiasa berada pada tahap kesihatan yang optimum demi kelangsungan penyampaian maklumat kepada bangsa dan negara.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1HDAd73i65/?mibextid=wwXIfr

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia

23 Aug 2023

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia bersempena Program Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan pada 22 Ogos 2023 bertempat di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Acara dimulakan dengan persembahan seni gamelan dari Kumpulan Astraloka Enterprise diikuti dengan bengkel instrumen gamelan. Antara instrumen yang digunakan adalah Bonang, Saron Pekin, Saron Baron, Gendang dan Gong. Program berlangsung selama 2 jam ini mendapat sambutan yang hebat. Program dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) bagi memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut. Selain dari seni persembahan gamelan, turut diadakan peraduan ‘Teka dan Menang’ iaitu aktiviti meneka jumlah guli dalam balang. Para pemenang yang berjaya diumumkan sejurus selepas majlis selesai.

Antara yang hadir dalam program ini ialah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Bin Md. Zainuddin, Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Warga UKM dan Orang Awam.

Pertandingan Sukan Rakyat

23 Aug 2023
Pertandingan Sukan Rakyat anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan bersempena Program Semarak Kemerdekaan telah diadakan pada 18 Ogos 2023 bertempat di Ruang Galeri, Blok Pendidikan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Aktiviti telah dimulakan seawal jam 11.00 pagi dengan pertandingan Sepak Bulu Ayam. Pertandingan sepak bulu ayam dikhaskan buat kakitangan lelaki manakala Pertandingan Congkak untuk wanita.
Seramai 32 orangan kaitangan wanita telah mengambil bahagian pertandingan congkak dan dianggarkan 50 orang kakitangan lelaki telah mngambil bahagian dalam pertandingan sepak bulu ayam. Penyertaan bagi setiap kategori disambut meriah dari pelbagai jabatan. Selain pertandingan congkak dan sepak bulu ayam, bowling kampung juga disediakan untuk kakitangan mencuba permainan tersebut.
Semoga dengan kemeriahan ini, mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam warga HCTM yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia

22 Aug 2023

Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.

Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

Lawatan ke Studio Astro Awani

14 Jul 2022

Program Lawatan ke Studio Astro Awani telah diadakan pada 13 Julai 2022, jam 10.00 pagi di Astro Technology Park, Bukit Jalil. Lawatan ini diadakan kesinambungan daripada program Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis anjuran Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP yang diadakan pada 16 Jun 2022 yang lalu. Seramai 20 orang kakitangan HCTM telah menyertai program telah diketuai oleh Pn. Yasmin Rahimi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Media, JKKKP. Objektif lawatan ini memberikan pendedahan kepada peserta program situasi sebenar di dalam studio Astro Awani dan dunia penyiaran/kewartawanan.

 

Webinar ‘Covid – 19: Am I at Risk? Do I Need To Be Vaccinated’

31 Mar 2021

Seramai 200 kakitangan Takaful Ikhlas General Berhad telah menyertai Webinar ‘Covid – 19: Am I at Risk? Do I Need To Be Vaccinated’ yang diadakan pagi tadi melalui aplikasi Zoom. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi HCTM. Webinar ini merupakan anjuran Takaful Ikhlas General Berhad dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat & Media, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan HCTM. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier

Lawatan ke Starbuck Reserved Store Berjaya Times Square

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Seramai 6 orang kakitangan JKKKP telah menghadiri lawatan ke Starbuck Reserved Store di Berjaya Times Square hari ini. Kehadiran delegasi disambut baik oleh En. Hadi selaku pengurus kedai berkenaan. Kehadiran delegasi ke kedai ini adalah bersempena dengan Hari Kopi Sedunia yang jatuh pada setiap 1 Oktober. Kakitangan JKKP yang terpilih untuk lawatan ini adalah kakitangan yang bertugas sebagai pengiring VIP yang datang membuat rawatan di HCTM.

Mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai sejarah Starbuck dan rekabentuk duyung pada logo Starbuck. Barista Starbuck yang bertugas memberi tunjuk ajar mengenai perbezaan gred biji kopi dan jenis kopi untuk dicuba. Mereka turut menunjukkan cara penyediaan kopi dan menghirup kopi dengan betul. Selain itu, mereka turut memberitahu menu-menu di Starbuck akan bertukar hampir dua bulan sekali mengikut empat musim. Sesi ini diadakan selama satu jam dan perkongsian ini walaupun ringkas namun menarik.

Lawatan Kerja ke HTA

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 17 September – Lawatan Kerja ke Hospital Tunku Azizah telah diadakan untuk mendapatkan maklumat mengenai program sukarelawan yang dijalankan di hospital tersebut. Seramai 4 orang wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM yang terdiri daripada ketua jabatan, Puan Yasmin Nan Rahimi, Siti Fairuz Mohd Saad, Mohd Irham Bin Abdullah dan Mohd Aidil Md Hatar telah disambut oleh Unit Komunikasi Korporat hospital tersebut. Perbincangan selama sejam setengah ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian program sukarelawan di Hospital Tunku Azizah dan bertukar-tukar cadangan serta pendapat. Setelah selesai sesi perbincangan, delegasi telah dibawa melawat kawasan untuk melihat fasiliti disana.

Sesi Perkongsian Ilmiah diadakan santai tetapi bermakna

25 Sep 2020

CHERAS, 25 September – Sesi Latihan Dalaman JKKKP telah diadakan secara tertutup selama satu jam di Bilik Mesyuarat Jabatan Multimedia Penyiaran HCTM. Ceramah yang bertajuk “WHAT DOES FOOD CONTENT TELL YOU” telah disampaikan oleh Miss Loo Mei Fong, Diabetes Educator daripada Sanofi-aventis Malaysia Sdn Bhd. Seramai 30 orang peserta termasuk kakitangan JKKKP dan kenalan-kenalan rapat telah hadir ke ceramah yang ringkas tetapi bermakna. Sesi perkongsian dianjurkan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan kepada peserta mengenai cara-cara membaca label pada bekas atau plastik makanan serta mengajar cara pemilihan makanan yang bijak. Walaupun, sesi perkongsian ini hanya satu jam, namun aktiviti membaca lebal makanan bersama peserta turut diselitkan.

Search

+