JARINGAN KORPORAT
1) Pengurusan hal ehwal berkaitan jaringan / kerjasama / kolaborasi dalaman dan luaran HCTM dengan fokus bagi :-
- Meninjau potensi bagi jaringan / kerjasama / kolaborasi dalaman dan luaran HCTM;
- Melestari jaringan / kerjasama / kolaborasi;
- Menjadi platform dalam meningkatkan / mengembangkan jaringan yang sedia ada.
2) Pengurusan permohonan lawatan (bukan akademik) dari luar HCTM.
3) Mengurus dan memberi khidmat sokongan kepada program-program yang melibatkan institusi/organisasi/persatuan antarabangsa.
4) Pengurusan Penjenamaan & Imej Korporat.
5) Pengurusan Identiti Korporat.
LAWATAN KERJA DAN LAWATAN KORPORAT
1) Pengurusan lawatan korporat yang melibatkan pihak pengurusan atau tetamu kehormat (Agensi kerajaan/swasta/NGO) ke HCTM.
2) Permohonan hendaklah dibuat kepada Pejabat Pengarah HCTM sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan.
3) Pertanyaan lanjut mengenai permohonan lawatan korporat boleh hubungi 03-9145 5326.
HUBUNGAN MEDIA

Menguruskan penyaluran maklumat kepada media, sama ada media cetak atau media elektronik mengenai aktiviti-aktiviti HCTM yang bakal berlangsung kepada media untuk mendapatkan liputan yang lebih meluas.
Sebagai penghubung antara wartawan dan pakar HCTM untuk aktiviti-aktiviti seperti temubual, pengambaran dan lain-lain bagi menyalurkan maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat.
Mengeluarkan kenyataan rasmi kepada pihak media atau saluran hebahan rasmi HCTM bagi perkara-perkara penting dan perlu untuk pengetahuan umum.
TEMUBUAL PAKAR / JEMPUTAN BICARAWARA
- Semua aktiviti hubungan media seperti temubual pakar/kakitangan/pesakit, jemputan pakar dalam rancangan temubual/bicawara, dan pengambaran temubual hendaklah dimohon melalui surat dengan menggunakan letterhead dan emel rasmi wartawan.
- Permohonan temubual dan jemputan bicarawara hendaklah 2 minggu sebelum tarikh aktiviti.
- Pihak kami berhak untuk menolak permohonan sekiranya aktiviti tersebut boleh menganggu kelancaran perkhidmatan hospital, perawatan pesakit, atau lain-lain sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Aktiviti hendaklah dijalankan pada waktu bekerja sahaja, iaitu pagi 8.00 pagi – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat.
- Aktiviti pengambaran dan temubual yang dibenarkan adalah berbentuk ilmiah dan bukan berunsur keuntungan.
- Hantar permohonan tersebut ke emel prohukm@hctm.ukm.edu.my. Kepilkan senarai soalan-soalan temubual atau sinopsis/storyboard pengambaran ketika menghantar surat permohonan.
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-9145 5185.
JEMPUTAN MEDIA UNTUK LIPUTAN DI MAJLIS RASMI HCTM
- Jabatan/Unit/Pusat di bawah HCTM yang menganjurkan program-program dan majlis berimpak tinggi yang berkaitan dengan HCTM, digalakkan menjemput media untuk membuat liputan di program berkenaan.
- Permohonan untuk membuat liputan media boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jemputan Media dan hantarkan ke kjpro@hctm.ukm.edu.my, emiza@hctm.ukm.edu.my.
- Hantarkan sekali aturcara program, poster, maklumat lanjut yang menarik untuk diketengahkan.
- Pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-9145 5185.
WEB DAN MEDIA SOSIAL

Menguruskan laman web dan media sosial rasmi HCTM serta laman web jabatan-jabatan di bawah HCTM dengan teknologi dan kaedah terbaru pembangunan web.
Memastikan maklumat sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU serta memastikan laman web mempunyai struktur, rekaletak dan penyampaian maklumat yang tersusun, lengkap dan mudah dicapai.
PERMOHONAN KEMASUKKAN MAKLUMAT DI LAMAN WEB DAN MEDIA SOSIAL
- Maklumat yang ingin dikemaskini atau dimasukkan ke laman web HCTM, web jabatan, hendaklah dihantar melalui emel ke:-
- Media Sosial HCTM – nurin@hctm.ukm.edu.my dan emiza@hctm.ukm.edu.my
- Laman web HCTM – noorlaily@hctm.ukm.edu.my dan emiza@hctm.ukm.edu.my
- Bahan dan maklumat akan disaring terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
- Permohonan Facebook Live adalah melalui emel Ketua Jabatan JKK, kjpro@hctm.ukm.edu.my dan salinan kepada ke emiza@hctm.ukm.edu.my.
SENARAI MEDIA SOSIAL
HEBAHAN EMEL KAKITANGAN

Menguruskan dan menyaring emel-emel yang diterima daripada awam dan permohonan hebahan melalui emel kakitangan. Perkhidmatan hebahan melalui emel kakitangan ini terhad untuk kakitangan HCM dan UKM sahaja.
Hantarkan emel hebahan kepada prohukm@hctm.ukm.edu.my
Pertanyaan lanjut, boleh hubungi 03-9145 6313.
