Program Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Pelanggan – Pembersihan Kerusi Roda
CHERAS, 19 Februari 2021 – Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Kerusi Roda adalah inisiatif Unit Khidat Pelanggan JKKKP bagi memastikan kerusi roda yang digunakan oleh pesakit HCTM sentiasa dalam keadaan bersih. Program ini juga sebagai langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, kakitangan Unit Khidmat Pelanggan khasnya berpeluang untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan disamping memenuhi salah satu kriteria dalam penilaian kakitangan. Aktiviti ini diadakan secara berkala dan penglibatan terhad untuk 20 orang sahaja.
