
Pengenalan
Unit Pengurusan Acara merancang, menyelaras dan melaksanakan acara-acara di peringkat HCTM dan Kampus Kuala Lumpur UKM termasuk jemputan, sambutan dan protokol. Unit ini juga memberi khidmat nasihat protokol dan menyelaras semua urusan protokol dalam Majlis / program yang dianjurkan oleh jabatan. Menguruskan permohonan cenderamata, pinjaman peralatan majlis dan penggunaan bilik VIP.
Permohonan Khidmat Nasihat Protokol
Jabatan/PTJ yang menganjurkan acara atau majlis rasmi dikehendaki mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perhubungan awam kami bagi membantu kelancaran acara atau sesuatu majlis. Permohonan khidmat nasihat hendaklah secara rasmi dibuat melalui emel atau surat yang ditujukan kepada Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, HCTM. Permohonan hendaklah dibuat awal terutamanya acara yang melibatkan kerabat diraja atau orang-orang kenamaan.
Pinjaman Peralatan Majlis dan Penggunaan Bilik VIP
Penganjur boleh membuat permohonan dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Komunikasi Korporat (JKKP) dan mengisi Borang Pinjaman Peralatan Majis dan Bilik Menunggu VIP dengan menyatakan peralatan yang ingin dipinjam berserta kuantiti. Surat serta borang hendaklah dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh majlis dijalankan. Pinjaman tertakluk kepada kuantiti yang ada dan first come first serve. Bagi pinjaman perabot seperti sofa, kerusi armrest, karpet dan meja kopi di luar Auditorium penganjur perlu mendapatkan penghantaran Perkhidmatan MALBAT. Denda/ganti rugi akan dikenakan kepada penganjur sekiranya barang yang dipinjamkan atau perabot/peralatan di Bilik VIP hilang atau rosak.
SENARAI PERALATAN MAJLIS YANG BOLEH DIPINJAM :
- DULANG
- ALAS DULANG (SAIZ KECIL)
- ALAS MEJA KOPI (SAIZ SEDERHANA)
- ALAS MEJA (SAIZ BESAR)
- GELAS (GOBLET)
- ALAS GELAS (GOBLET)
- GUNTING
- PISAU (KEK)
- BUNGA HIASAN
- SET GONG
- SET MoU (2 UNIT)
- ARMREST CHAIR VIP
- SOFA VIP (MODEL KERAWANG)
- SOFA VIP (MODEL KAYU)
- MEJA KOPI
- TROLI CENDERAMATA
- KARPET (SAIZ SEDERHANA)
- KARPET (SAIZ BESAR)
- BUNTING UKM
- BUNTING HCTM
Cenderamata
- Cenderamata disediakan untuk majlis-majlis rasmi anjuran HCTM UKM dan PTJ di bawah Kampus Kuala Lumpur UKM.
- Penganjur majlis atau orang awam boleh membeli cenderamata ini dengan mengisi Borang Permohonan Cenderamata.
- Permohonan yang lengkap diisi beserta tandatangan ketua hendaklah dihantar ke jabatan ini sekurang-kurangnya 3 hari bekerja.
- Pindaan cenderamata tidak digalakkan kecuali mendapat kebenaran Ketua Jabatan, Pengurus, atau Pengesah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan/Unit/Pusat pemohon.
- Maklumat lanjut mengenai cenderamata boleh menghubungi ditalian 03-9145 5057.
