Senarai semak ini adalah untuk membantu penganjur memastikan segala persediaan dilakukan dan membantu dalam melancarkan perjalanan majlis.
Tertib acara pentadbiran
Tertib acara pentadbiran ini merupakan panduan perjalanan sesuatu majlis/acara untuk urusetia. Antara maklumat yang didapati dalam tertib acara ialah masa, acara yang berlaku, tindakan petugas dan catatan khas (jika perlu).
Panduan untuk melihat majlis/acara berjalan mengikut perancangan, sebagai panduan semua kakitangan yang melaksanakan tugas dan rujukan untuk sesi raptai, panduan untuk Pegawai Atasan/Ketua Penyelaras mengetahui status sebenar perjalanan majlis/acara, dan sebagai rujukan/medium penambahbaikan pada masa hadapan.