VISI
Memberi perkhidmatan efisien dan profesional meliputi aspek korporat, protokol dan media.
MISI
Membina budaya korporat yang kreatif dan inovatif berdasarkan teras perkhidmatan bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan melalui perkongsian pintar.
SLOGAN
Kecemerlangan pengurusan korporat, protokol, media dan khidmat pelanggan inspirasi kami.
FALSAFAH
Mengamalkan dan membudayakan perkhidmatan yang cekap, mesra, telus, berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan berasaskan pengurusan budaya korporat.
OBJEKTIF JABATAN
Mencitrakan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM sebagai sebuah Hospital Pengajar yang terkehadapan dengan menggunakan saluran-saluran komunikasi yang sesuai dalam memberi impak positif dan optimum kepada HCTM.