BIDANG KEPAKARAN DAN PERKHIDMATAN DI KLINIK BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

Bidang kepakaran dan perkhidmatan di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial dijalankan oleh pakar- pakar dari Fakulti Pergigian UKM, pakar lantikan hospital dan pakar pelawat. Terdapat dua Pegawai Pergigian lantikan hospital yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat kepakaran bagi bidang Endodontik dan Pergigian Berkeperluan Khas (Special Needs Dentistry). Selain itu, terdapat 3 orang Pegawai Pergigian UG10 dan seorang lagi pegawai pergigian UG9 yang membantu pakar-pakar di klinik dan dewan bedah.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

1. Perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

Sejumlah 7 orang Pensyarah/ Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, dari Fakulti Pergigian dan seorang Pakar Bedah Mulut lantikan HCTM yang menjalankan perkhidmatan klinikal di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial mengikut jadual. Perkhidmatan merangkumi pembedahan dentoalveolar (seperti gigi terimpak, cyst, tumor, implant), trauma (orbital, maxilla dan mandible), kraniofasial (seperti orthognathic, cleft), kanser, sendi temporomandibular, pengurusan oral pesakit immune compromised dan lain-lain lagi.

2. Perkhidmatan Maksilofasial Prostodontik

Seorang Pakar Prostodontik lantikan hospital menjalankan perkhidmatan pembuatan atau rehabilitasi secara prosthesis seperti gigi palsu, korona dan jambatan (crown and bridge), obturator dan plate surgical, prostesis muka seperti hidung (nasal prosthesis), telinga (auricular prosthesis), mata (ocular and orbital prosthesis) bagi kes-kes trauma atau kanser. Senarai nama Pakar Prostodontik:

3. Perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas

Seorang Pensyarah/Pakar Pergigian Keperluan Khas menyediakan perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas (SND) kepada orang kurang upaya berumur 16 tahun ke atas. Perkhidmatan ini meliputi pengurusan kesihatan mulut dari ringan hingga teruk, termasuk pesakit tua/geriatrik yang memerlukan bantuan dalam aktiviti kehidupan harian mereka. SND ditujukan untuk individu dengan keadaan fizikal, intelek, psikologi, psikiatri, dan keadaan perubatan kompleks. Perkhidmatan ini disediakan setiap Khamis pada sesi petang di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial

4. Perkhidmatan Patologi dan Perubatan Mulut

Dua orang Pensyarah/Pakar Patologi dan Perubatan Mulut dari Fakulti Pergigian turut terlibat secara aktif dalam penyampaian perkhidmatan klinikal di Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial melalui sesi klinik berjadual setiap Rabu pagi. Selain itu, seorang pensyarah pelatih yang menerima latihan kepakaran di New Zealand masih berada dalam tempoh perwartaan kepakaran.

5. Perkhidmatan Ortodontik

Seorang Pakar Ortodontik lantikan hospital menjalankan perkhidmatan Ortodontik (braces) yang melibatkan perancangan dan penyusunan gigi bagi pesakit kraniofasial seperti cleft. Pesakit pembedahan rahang (orthognathic) dan pesakit-pesakit yang mempunyai kesukaran dalam segi permakanan dan fungsi setelah mengalami pelbagai pembedahan di bawah Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial.

6. Perkhidmatan Endodontik

Seorang Pakar Pelawat Endodontik memberi khidmat rawatan kanal akar secara pada hari Rabu dua kali dalam setiap bulan bagi kes immune compromised dan post kemoterapi dan radioterapi.