BIDANG KEPAKARAN DAN PERKHIDMATAN DI KLINIK BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

Bidang kepakaran dan perkhidmatan di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial dijalankan oleh pakar-pakar dari Fakulti Pergigian, pakar lantikan hospital dan pakar pelawat. Terdapat seorang Pegawai Pergigian lantikan hospital sedang melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana dalam bidang Bedah Mulut & Maksilofasial. Terdapat 1 Pegawai Pergigian U44 dan 5 Pegawai Pergigian U41 membantu pakar-pakar di klinik dan dewan bedah.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

1. Perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

Sejumlah 8 orang Pensyarah/ Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, dari Fakulti Pergigian yang menjalankan perkhidmatan klinikal di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial mengikut jadual. Perkhidmatan merangkumi pembedahan dentoalveolar (seperti gigi terimpak, cyst, tumor, implant), trauma (orbital, maxilla dan mandible), kraniofasial (seperti orthognathic, cleft), kanser, sendi temporomandibular, pengurusan oral pesakit immune compromised dan lain-lain lagi.

2. Perkhidmatan Maksilofasial Prostodontikl

Seorang Pakar Prostodontik lantikan hospital menjalankan perkhidmatan pembuatan atau rehabilitasi secara prosthesis seperti gigi palsu, korona dan jambatan (crown and bridge), obturator dan plate surgical, prostesis muka seperti hidung (nasal prosthesis), telinga (auricular prosthesis), mata (ocular and orbital prosthesis) bagi kes-kes trauma atau kanser. Senarai nama Pakar Prostodontik:

3. Perkhidmatan Pergigian Pediatrik

Lima (5) orang Pensyarah / Pakar Pergigian Kanak-Kanak dari Fakulti Pergigian yang menjalankan perkhidmatan klinikal di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial dan dewan bedah mengikut jadual (Khamis sesi petang).

4. Perkhidmatan Patologi dan Perubatan Mulut

Dua (2) orang  Pensyarah / Pakar Patologi dan Perubatan Mulut juga dari Fakulti Pergigian yang menjalankan perkhidmatan klinikal di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial mengikut jadual (Rabu sesi pagi). Senarai pakar Patologi dan Perubatan Mulut

5. Perkhidmatan Ortodontik

Selain itu terdapat juga seorang Ortodontik lantikan hospital dan seorang Pakar Pelawat Ortodontik turut memberi perkhidmatan ortodontik (braces) bagi pesakit Kraniofasial seperti sumbing bibir dan lelangit.

6. Perkhidmatan Endodontik

Seorang Pakar Pelawat Endodontik memberi khidmat rawatan kanal akar secara pada hari Rabu dua kali dalam setiap bulan bagi kes immune compromised dan post kemoterapi dan radioterapi.