opd_main

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit ini merupakan unit farmasi terbesar di PPUKM dan merupakan nadi utama perkhidmatan pesakit luar. Terdapat 7 kaunter pendispensan dan 1 kaunter penerimaan preskripsi untuk menampung keperluan kira-kira 800 pesakit yang datang setiap hari untuk mengambil ubat-ubatan mereka. Farmasi ini berfungsi untuk memenuhi keperluan pesakit dari klinik yang terletak di bahagian bawah (ground floor) Blok Klinikal PPUKM iaitu Klinik Ortopedik, Klinik Surgeri &  Klinik Perubatan 1 & 2. Mulai Januari 2016, tempat pengambilan ubat bagi pesakit-pesakit dari Pusat Endoskopi dan Poliklinik Warga juga telah diubah ke Farmasi Pesakit Luar.

 

Waktu operasi:

Isnin hingga Jumaat: 7:30 am – 6.00 pm

Cuti Umum / Sabtu / Ahad: Ditutup