clinical_main

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Perkhidmatan Farmasi Klinikal telah ditubuhkan pada Oktober 1999. Unit ini terdiri daripada 10 Pegawai Farmasi Klinikal yang bertugas di Wad Perubatan (1-6 Perubatan), Wad Surgeri (Surgeri 1-7), Unit Rawatan Koronari (CCU), Wad Pemulihan Jantung (CRW), Unit Rawatan Rapi ( ICU) serta Wad Ortopedik Lelaki & Perempuan.

Objektif: Memberikan penjagaan farmaseutikal yang optimum  kepada semua pesakit.

Antara rutin aktiviti Pegawai Farmasi Klinikal:

  • Pemantauan pesakit• Penyertaan dalam “ward round”.
  • Kaunseling.
  • Pemonitoran Terapeutik Ubat ( TDM).
  • Penyertaan dalam Mesyuarat Neuro.
  • Penyertaan dalam Program Pemulihan Pulmonari.

 

Pemantauan pesakit atau ‘case-clerking’ oleh Pegawai Farmasi Klinikal dijalankan untuk :

  • Mendapatkan sejarah penyakit & perubatan pesakit.
  • Memastikan dos & administrasi ubat yang betul.
  • Memantau kontraindikasi, interaksi serta kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Mengenal pasti pesakit yang memerlukan kaunseling.
  • Mengenal pasti pesakit yang memerlukan TDM.

 

“Ward round” dengan pasukan perubatan membolehkan Pegawai Farmasi Klinikal untuk :

  • Mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan dan pelan rawatan pesakit.
  • Menjawab mana-mana pertanyaan daripada ahli profesional kesihatan yang lain seperti Pegawai Perubatan/ Jururawat serta memberi bantuan dalam pelan rawatan jika perlu.
  • Verifikasi serta perbincangan dengan doktor mengenai sebarang  isu yang timbul berkenaan ubat-ubatan pesakit.
  • Menerima rujukan kaunseling dan TDM daripada doktor dan jururawat.

Selain “ward round” dengan pasukan perubatan, ‘grand ward round” juga diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara semua Pegawai Farmasi Klinikal dari disiplin yang berbeza .

Unit ini turut menyediakan ‘bedside counseling’ kepada pesakit untuk memastikan administrasi ubat yang tepat dan selamat serta membantu meningkatkan tahap kepatuhan terhadap rawatan. Antara topik yang diberikan kaunseling adalah seperti pengurusan penyakit kencing manis, asma , penyakit kardiovaskular, warfarin dan lain-lain lagi .