main_pic

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Farmasi Satelit ini adalah gabungan tiga farmasi satelit terdahulu ; iaitu Pediatrik, O&G dan Nefrologi/SLE. Farmasi ini memulakan perkhidmatannya pada 2 Ogos 2011. Ia dikendalikan oleh 7 orang kakitangan yang terdiri daripada 5 orang Penolong Pegawai Farmasi, 1 Penolong Pegawai Tadbir  & 1 Pembantu Perawatan Kesihatan. Farmasi Satelit ini adalah farmasi kedua terbesar di PPUKM dengan purata 210 pesakit sehari. Farmasi ini menggantikan Farmasi O & G dan Pediatrik yang sedia ada. Skop perkhidmatan juga telah diperluaskan kepada pesakit dari Nefrologi Klinik SLE serta pesakit ulangan dari Wad Perubatan 3 (6F).

 Farmasi ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 7:30 am – 05:00 pm dan ditutup pada hujung minggu dan cuti umum.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 7:30 am – 5:00 pm