Kedai Farmasi NF telah ditubuhkan sebagai alternatif bagi pesakit untuk membeli ubat-ubatan tidak terdapat dalam Formulari Hospital. Disebabkan ubat-ubatan ini tidak tersenarai dalam Formulari Hospital, ubat-ubatan ini perlu dibeli di Kedai Farmasi NF.  Kedai Farmasi hanya menerima preskripsi dari PPUKM, Bandar Tasik Selatan (BTS), Klinik Kesihatan Batu 9 Cheras, dan Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat. Untuk mengurangkan beban pesakit disebabkan oleh perbelanjaan yang tinggi dalam ubat-ubatan, PPUKM menjual ubat-ubatan ini pada kadar yang lebih rendah daripada kadar harga pasaran. Pesakit boleh membeli ubat-ubatan menggunakan sama ada secara tunai atau kad kredit (terma dan syarat). Kedai Farmasi NF juga menjual barangan konsainan (consignment) yang perlu dibayar secara tunai sahaja. Ini adalah kerana hospital tidak memperuntukkan bajet untuk barang-barang ini. Oleh itu, Kedai Farmasi NF hanya menerima wang tunai pesakit untuk membeli barang konsainan.

Berikut adalah beberapa barangan yang perlu dibeli secara tunai di Kedai Farmasi NF:

• set glucometer

• set tekanan darah

• jarum pen Insulin

• produk “over-the-counter” yang tertentu seperti Viatril S Sachet , Glucosamine, dan lain-lain.

Kakitangan UKM dan PPUKM boleh mendapatkan diskaun 10% apabila menunjukkan kad pengenalan pekerja mereka di kaunter.

Selain itu, Kedai Farmasi NF turut menguruskan perihal bekalan ubat-ubatan di bawah kebajikan dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial & Perubatan.

Bermula Februari 2014, semua pembelian dan bekalan ubat di Klinik Medically Assisted Conception (MAC) dikendalikan oleh Kedai Farmasi NF.

 

Waktu operasi:

Isnin hingga Jumaat: 8:30 am – 5.30 pm

Cuti Umum / Sabtu / Ahad: Ditutup