Jabatan ORL – Kepala & Leher bertanggungjawab dalam pemilihan calon calon ke program Sarjana Pembedahan Otorinolaringologi – Kepala & Leher.

Warganegara Malaysia

    1. Calon dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
    2. Umur kurang dari 40 tahun pada tarikh pendaftaran
    3. Calon perlu menghabiskan 3 tahun perkhidmatan wajib atau sekurang-kurangnya selepas satu tahun tempoh percubaan berdasarkan 2 tahun tempoh percubaan.
    4. Calon tajaan sendiri TIDAK layak untuk memohon bagi mengelakkan masalah berkaitan tempoh gazetment, credentialing dan pendafatran
    5. Pendaftaran oleh calon yang kini berkhidmat dengan Kementeian Kesihatan adalah melalui “Unit Pusat Universiti” (UPU)
    6. Calon dari Universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi mesti memohon melalui Sekretariat Pengajian Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa
    7. Wajib memperolehi Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sebelum permulaan kursus
    8. Calon mesti ditaja oleh Kementerian Kesihatan atau Institusi Pengajian Tinggi
    9. Wajib disaring dari Hepatitis B, hepatitis C dan HIV. Bukti status adalah perlu.

Bukan Warganegara Malaysia

  1. Calon dari mana-mana universiti yang diikhtiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
  2. Umur kurang dari 37 tahun pada tarikh pendaftaran
  3. Bukti fasih dalam pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris. Calon yang layak mesti memiliki IELTS lebih dari 7.0 atau markah TOEFL sekurang-kurangnya 750
  4. Bukti memiliki status kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh pengajian
  5. Calon mesti memiliki polisi perlindungan kesihatan persendirian
  6. Calon mesti memiliki Perlindungan Insurans Kesihatan
  7. Wajib disaring dari Hepatitis B, hepatitis C dan HIV. Bukti status adalah perlu.
  8. Calon antarabangsa dari Institusi Pengajian Tinggi atau Pusat Perubatan perlu memohon secara terus melalui Sekretariat Pengajian Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia