Assalamualaikum wbt. dan Salam 1 Malaysia,

Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM sejak penubuhannya pada tahun 1997, telah berkembang pesat dan sentiasa menyedia dan menyokong tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan hospital. Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat.

Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM  berusaha untuk merawat pesakit secara pembedahan atau melalui rawatan konservatif saluran pernafasan, sinus, telinga, mulut, farinks, tekak dan kawasan kepala dan leher. Jabatan Otorinolaringologi juga sering terlibat dengan pelbagai aktiviti akademik termasuk kelas-kelas bagi pelajar perubatan, paramedik dan juga untuk pakar perubatan terutamanya berkenaan segenap bidang pembedahan dalam ENT. Kami juga menawarkan kursus-kursus intensif penyelidikan untuk program otologi, rhinologi,  laringologi serta kanser kepala dan leher terutamanya kanser Nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Selain itu para doktor di Jabatan Otorinolaringologi telah dilatih untuk mengendalikan pelbagai prosedur pembedahan yang kompleks seperti implan Koklea , implan Bone anchored Hearing Aid (BAHA), Mastoidektomi, Rhinoplasti, Thyroplasti dan pembedahan untuk membuang ketumbuhan (beningn atau malignant) di kawasan kepala, leher dan trakea. Pembedahan telinga termasuk prosedur-prosedur pemulihan pendengaran, pembedahan endoskopik hidung dan saluran hidung, Farinks, peti suara dan pemulihan pertuturan, dengkur, rekonstruktif hidung dan pembedahan paediatrik, pihak jabatan Otorinolaringologi akan sentiasa membantu dengan memberi khidmat diagnosis, nasihat dan rawatan terbaik dalam menangani pelbagai penyakit ENT. Sebagai tambahan, pihak jabatan sentiasa  berkerjasama dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Neurosurgeri, Jabatan Maksilofasial dan Jabatan Pembedahan Plastik.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan kepada anda sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan semua aspek dan maklumat perkhidmatan, penyelidikan dan pengajaran yang disediakan oleh jabatan kami. Adalah menjadi hasrat kami bahawa melalui ketelusan penyebaran maklumat ini, kami akan berjaya memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kami dan pelanggan kami khasnya dan masyarakat umum amnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila kemukakan kepada kami.

Saya mempelawa anda untuk melihat perkhidmatan yang ada di jabatan dengan harapan anda memperoleh apa yang diperlukan. Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami. Kami juga mengalu-alukan penglibatan pendapat atau sebarang informasi yang boleh membantu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Pandangan anda amat dihargai bagi membantu memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Selamat melayari laman web jabatan kami!

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_1240.jpg

PROFESOR DR SALINA HUSAIN

Ketua
Jabatan Otorinolaringologi-HNS
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Pusat Perubatan UKM