Teknik ini melibatkan penggunaan enteroskop yang bersaiz 2 meter panjangnya yang dilengkapi dengan belon pada bahagian hujung kamera enteroskop beserta overtube khas, yang merupakan tiub yang sesuai dengan endoskop yang juga dilengkapi dengan belon. Prosedur ini biasanya dilakukan di bawah anestesia umum, tetapi boleh dilakukan dengan penggunaan sedasi sedar. Entroskop dan overtube dimasukkan melalui mulut, sama seperti prosedur gastroskopi, hingga usus kecil. Kemudian enteroskop tersebut dimasukkan kehadapan overtube dan belon dalam keadaan kembang .Ini bertujuan memudahkan enteroskop bergerak mudah melalui usus kecil.
Prosedur Enteroskopi dua belon ini juga boleh dilakukan melalui rektum seperti prosedur kolonoskopi hingga ke dalam bahagian ileum iaitu bahagian akhir usus kecil.
Kadar Caj
Caj bayaran untuk prosedur ini ialah RM350.00.
Caj Alatan Single balloon RM1980.00
