Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah memulakan perkhidmatan kepada pesakit HCTM sejak Julai 1997 lagi. Sebelum ini perkhidmatan endoskopi telah mula beroperasi sejak tahun 1978 di kampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Pada ketika itu perkhidmatan endoskopi dijalankan oleh pakar-pakar Perubatan (Gastroenterologi) dan Pakar Bedah dari Jabatan Surgeri, Fakulti Perubatan secara berasingan.
Setelah berpindah di HCTM (ketika itu HUKM) di Bandar Tun Razak, perkhidmatan ini telah diselaraskan dibawah satu unit seperti sekarang yang pada ketika itu diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ishak Masood sebagai Penyelaras klinikal pertama dan Tuan Haji Kusai Haji Alias sebagai pengurus. Sehingga kini Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah mempunyai 9 Mantan penyelaras.
Pada Julai 1997, Pusat Perkhidmatan Endoskopi hanya menawarkan 4 prosedur asas sahaja seperti OGDS, KOLONOSKOPI, ERCP dan BRONKOSKOPI. Pada tahun- tahun yang berikutnya, pusat ini telah menambah lagi perkhidmatan seperti:
- Manometry (Esophageal manometry / Anorectal Manometry)
- 24Hrs Ph study
- 13ᶜ Breath test Analyzer
- Capsule Endoscopy
- EUS(Endoscopy Ultrasound
- Endo Anal Ultrasound / Endo Rectal Ultrasound
- Pleuroscopy
- Double balloon enteroscopy
- Endo Bronchial Endoscopy
- Fibroscan
- Biofeedback
Secara am nya Pusat Perkhidmatan Endsokopi menyediakan perkhidmatan endoskopi secara diagnostik dan terapeutik. Pusat ini telah diberikan taraf pusat tanggungjawab dan telah mendapat pensijilan ISO 9001:2000 Hospital UKM. Pusat perkhidmatan Endoskopi juga menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk kes-kes kecemasan melalui perkhidmatan endoskopi kecemasan (Bleeding Team).
