SANGGAR KERJA 2020 DAN WATER RAFTING DI KKB – 15 Ogos 2020
Bertemakan motivasi diri ke arah budaya kerja cemerlang dan berwawasan, satu sanggar kerja telah diadakan pada 15 ogos 2020 bertempat di Kuala kubu bahru. Tujuan sanggar kerja ini diadakan bagi mengembalikan dan menyemarakan lagi semangat kerjasama berpasukan dikalangan warga pusat perkhidmatan endoskopi. Sikap dan Motivasi diri yang positif , cekap serta berpandangan jauh sangat penting dalam pengendalian operasi dan prosedur di pusat perkhidmatan endoskopi. Bagi melengkapkan modul sanggar kerja, aktiviti water rafting diselitkan bagi perkuatkan semangat kerjasama berpasukan.












