1.Oesophagus Duodenoscopy Procedure (OGDS)
Satu prosedur yang menggunakan fiberskop bercahaya/berkamera di masukkan ke saluran makanan(Oesophagus) seterusnya ke perut(stomach) hingga ke bahagian usus kecil(duodenum).Dilakukan oleh pakar perubatan untuk melihat sebarang keabnormalitian,inflamasi,ulser, pendarahan atau ketumbuhan pada saluran atas percernaan.(Upper GI)
2.Kolonoskopi
Satu prosedur yang menggunakan fiberskop/berkamera dimasukkan ke dalam saluran usus besar (large intestine).Dilakukan untuk melihat sebarang abnormaliti pada keseluruhan usus besar.
3.Bronkoskopi
Satu prosedur yang dilakukan untuk melihat saluran pernafasan melalui hidung seterusnya ke tekak (throat),larinks (larynx),trachea ke saluran bawah pernafasan.(lower airway).Dilakukan oleh pakar perubatan dimana untuk menentukan sesuatu penyakit dengan mengambil sampel tisu (biopsy)dan dapat memberi rawatan kepada pesakit dengan pemberian ubat ubatan yang tepat.
4.Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatogram (ERCP)
Satu prosedur menggunakan fibroskop/berkamera ke dalam bahagian usus kecil (duodenum) untuk melihat bahagian saluran hempedu (Common Bile Duct) atau saluran pankreas.Ia melibatkan saluran hempedu (Common Bile Duct), pundi Hempedu (Gallbladder) dengan memasukkan kontras (contras injection) melalui gambaran imej x-rays.Bertujuan untuk menentukan dan mengenalpasti rawatan atau penyakit yang dialami oleh pesakit seperti kehadiran batu hempedu(gallstone) di dalam saluran hempedu(CBD) atau di pundi hempedu(Gallbladder).
5.Fibroscan
Fibroscan adalah kaedah noninvasiv dengan teknik Transient Elastography (Fibroscan,Echosens,Franc) menggunakan gelombang bunyi untuk mengukur kekerasan hati (Fibrosis) yang dinyatakan dalam kilopascal (kPa).Fibroscan mudah digunakan tidak memerlukan bius dan tidak sakit hasilnya cepat diperolehi tetapi teknik ini memerlukan kos yang tinggi.
6 .Manometry
Ujian yang digunakan untuk mengukur fungsi injap saluran makanan esofagus bawah (Lower Esohgageal sphincter) injap yang menghalang refluksasid gastrik masuk semula ke dalam esofagus dan juga menguji otot esofagus.Ujian ini bagi mengetahui esofagus anda mampu untuk menggerakkan makanan ke perut anda seperti biasa dan sistem pencernaan anda untuk menelan dan penghadaman.
7. 13C Breath Test Analyzer
8.Double Balloon Enteroscopy (DBE)
9.Capsule Endoscopy
10.Endoscopy Ultrasound (EUS)
11.Endo Rectal Ultrasound (ERUS)














