Satu prosedur yang menggunakan fiberskop bercahaya/berkamera di masukkan ke saluran makanan (Oesophagus) seterusnya ke perut (stomach) hingga ke bahagian usus kecil(duodenum). Dilakukan oleh pakar perubatan untuk melihat sebarang abnormaliti, inflamasi, ulser, pendarahan atau ketumbuhan pada saluran atas percernaan (Upper GI).

INDIKASI BAGI PESAKIT YANG MEMERLUKAN OGDS

Pesakit yang mengalami  tanda-tanda dan gajala seperti:

  • Kesakitan pada bahagian abdomen
  • Rasa pedih pada bahagian ulu hati  (Heart burn)
  • Kesakitan selepas makan (Dyspepsia)
  • Kesukaran untuk menelan makanan (Dysphagia)
  • Hilang selera makan /Penurunan berat badan
  • Loya /Muntah
  • Muntah berdarah (Haematemasis)
  • Najis berdarah (Malena Stool)

Pesakit yang berkaitan dengan penyakit saluran atas pencernaan.

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM OGDS

  • Pesakit perlu berpuasa sekurang-kurangnya 5-6 jam sebelum prosedur dijalankan. (Bermula 12 tengah malam ).
  • Jika pesakit memakai gigi palsu pesakit perlu menanggalkan gigi tersebut bagi mengelakkan tertelan semasa prosedur di jalankan.
  • Pesakit dilarang memakai aksesori-aksesori perhiasan diri seperti jam tangan, barang kemas dan lain-lain. Simpan barangan peribadi seperti dompet, telefon pada waris atau tempat simpanan barang yang telah disediakan.
  • Pesakit dibenarkan mengambil ubatan rutin harian seperti ubat darah fungsi/jantung kecuali ubat kencing manis sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air kosong yang sedikit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

KADAR CAJ 

Caj prosedur OGDS adalah RM 250, separuh harga bagi warga emas >60 tahun dan caj ubatan (jika terdapat ubat yang diberi oleh doktor) atau bawa surat jaminan daripada majikan ataupun kad pesara pada hari tersebut.