HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Misi
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM bertekad untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di samping menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan kemudahan perubatan moden, canggih dan kos efektif.
Objektif
Objektif Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM adalah seperti berikut:
- Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang-bidang perubatan di negara dan rantau ini.
- Untuk menjadi pusat penyelidikan cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan di negara dan rantau ini.
- Untuk memberikan perkhidmatan rawatan, pendidikan dan promosi kesihatan kepada penduduk di kawasan Cheras, Ampang dan Hulu Langat hingga Semenyih dan Bangi.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar-pelajar pra-siswazah dan pascasiswazah Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Pergigian.
- Untuk menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di negara ini.
- Untuk membekalkan kemudahan dan peralatan yang berkualiti bagi membantu dalam kegiatan penyelidikan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden, canggih dan terkini untuk perawatan kesihatan peringkat primer, sekunder dan tertiari.
- Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada kakitangan bagi memantapkan keupayaan dan kemahiran dalam menjalankan tugas.
Motto
“HCTM UKM Ke Arah Kecemerlangan”