Misi
Pusat Perkhidmatan Endoskopi bertekad untuk menjadi pusat pembelajaran bagi melahirkan pakar-pakar yang berkualiti di samping dapat menggerakkan serta menyokong semua aktiviti klinikal dan membudayakan semangat kerja berpasukan.
Falsafah
Menjadikan Pusat Perkhidmatan Endoskopi antara yang terbaik dalam melahirkan pakar-pakar yang cemerlang dan terbilang serta menyalurkan kepakaran endoskopi dalam membantu pesakit –pesakit mendapatkan perkhidmatan yang terbaik serta merealisasikan kecekapan kakitangan dalam menjalankan tugas berpasukan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi.
Dasar Kualiti
Untuk menjadi pusat rujukan dan penyelidikan cemerlang dalam bidang-bidang perubatan di negara dan rantau ini. Sekaligus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pesakit-pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di sini.
Objektif Kualiti
Kami warga pusat endoskopi beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dalam masa yang ditetapkan memberi perkhidmatan endoskopi kepada pesakit dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
Piagam Pelanggan
“Menuju ke arah Tranformasi, pesakit diutamakan selaras dengan kepakaran yang diberi”