Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah menubuhkan Kumpulan Kreatif Dan Inovatif yang diberi nama Raflessia pada tahun 2012 yang  terdiri daripada 10 orang kakitangan Pusat Perkhidmatan Endoskopi.Projek pertama Rafflesia ialah E-Saring. E-Saring ialah satu sistem yang dapat memberikan saringan awal kepada pesakit yang mempunayai penyakit berjangkit dan sekaligus mengelakkan risiko jangkitan besar kepada waris, pesakit lain dan juga kakitangan.

Projek ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Teknologi Maklumat dalam membantu membina sistem mengikut perancangan daripada ahli KIK.Projek E-Saring ini telah mendapat tempat Kedua dalam kategori pengurusan.