Satu prosedur yang menggunakan fiberskop/berkamera dimasukkan ke dalam saluran usus besar (large intestine). Dilakukan untuk melihat sebarang abnormaliti pada keseluruhan usus besar.
INDIKASI BAGI KOLONOSKOPI
Pesakit yang mengalami gajala atau tanda-tanda seperti:
- Kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
- Berlaku pendarahan apabila pesakit membuang air besar.
- Sembelit ‘Constipation’
- Cirit-birit pada jangka masa yang lama (Chronic Diarrhea)
- Perubahan pada “bowel habit”
- Kekurangan sel darah merah (Anemia)
Menentukan atau mengenal pasti sesuatu penyakit seperti:
- Kanser usus
- Polyps
- Buasir (Hemorrhoid)
- Ulceratis colitis
PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM KOLONOSKOPI 
- Pesakit perlu mengambil ubatan cecair laksatif 1 hari sebelum prosedur dijalankan.
- Cecair laksatif ini bertujuan bagi membersihkan kolon daripada najis agar kolon dapat dilihat melalui videoscope tersebut disamping untuk memudahkan prosedur kolonoskopi dijalankan.
- Cara pengambilan tentang ubat laksatif akan diberitahu dengan lebih terperinci kepada pesakit mengikut panduan yang telah ditetapkan.
- Pesakit perlu berpuasa pada pukul 12.00 tengah malam sebelum prosedur dijalankan.
- Pesakit dilarang memakai aksesori-aksesori perhiasan diri seperti jam tangan, barang kemas dan lain-lain. Simpan barangan peribadi seperti dompet, telefon pada waris atau tempat simpanan barang yang telah disediakan.
- Pesakit dibenarkan mengambil ubatan rutin harian kecuali ubat kencing manis sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air kosong yang sedikit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
- Pesakit perlu membawa kain sarung pada hari pemeriksaan.
KADAR CAJ
Kadar caj prosedur kolonoskopi ialah RM 300 bagi warga negara Malaysia, RM 150 bagi warga emas yang berumur atas 60 tahun manakala kadar caj kepada bukan warganegara (warga asing) ialah RM 1466. Pesakit juga akan dikenakan caj ubat-ubatan sekiranya terdapat ubat yang diberikan oleh doktor kecuali pesakit membawa surat jaminan daripada majikan ataupun kad pesara pada hari tersebut.
