Satu prosedur menggunakan fibroskop/berkamera ke dalam bahagian usus kecil (duodenum) untuk melihat bahagian saluran hempedu (Common Bile Duct) atau saluran pankreas.Ia melibatkan saluran hempedu (Common Bile Duct), pundi Hempedu (Gallbladder) dengan memasukkan kontras (contras injection) melalui gambaran imej x-rays.Bertujuan untuk menentukan dan mengenalpasti rawatan atau penyakit yang dialami oleh pesakit seperti kehadiran batu hempedu(gallstone) di dalam saluran hempedu(CBD) atau di pundi hempedu(Gallbladder).

 

INDIKASI BAGI PESAKIT YANG MEMERLUKAN ERCP

Pesakit yang mengalami  tanda-tanda dan gajala seperti:

  • Sakit pada bahagian atas abdomen
  • Jaundice
  • ‘High Bilirubin’ kandungan bilirubin yang tinggidalam darah
  • Demam
  • Penurunan berat badan/hilang selera makan
  • Abdomen Ultrasound, Abdomen CT-Scan yang menunjukkan terdapat  batu pada saluran hempedu.
  • Untuk menentukan penyakit dalam saluran hempedu

seperti  :  * Kehadiran batu dalam saluran hempedu/  pundi hempedu

* Penyempitan dalam saluran hempedu

* Jangkitan dalam saluran hempedu

* Inflamasi pada saluran pundi hempedu

* Jangkitan pada saluran pankreas

 

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM  ERCP

  • Pesakit perlu dimasukkan ke wad terlebih dahulu, sekurang-kurangnya sehari sebelum prosedur.
  • Persediaan yang perlu dilakukan di wad adalah mengikut senarai semak persediaan sebelum prosedur mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu :
  • Pesakit perlu berpuasa sekurang-kurangnya 5 – 6 jam sebelum prosedur dijalankan (Bermula 12 tgh malam ).
  • Jika pesakit memakai gigi palsu pesakit perlu menanggalkan gigi tersebut bagi mengelakkan tertelan semasa prosedur di jalankan.
  • Pesakit dilarang memakai aksesori-aksesori perhiasan diri seperti jam    tangan, barang kemas dan lain-lain.  Untuk pesakit perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian dalam. Simpan barangan peribadi seperti di wad sebelum prosedur dilakukan.
  • Pesakit dibenarkan mengambil ubatan rutin harian seperti ubat darah /jantung kecuali ubat kencing manis sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air kosong yang sedikit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
  • Pengambilan darah di wad sebagai penyiasatan untuk mengesan abnormaliti perlu dilakukan di wad.

 

Kadar Caj

Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM1,060.00 termasuk GST.