Dasar Kualiti

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM adalah komited dalam memberikan perkhidmatan yang beretika, selamat dan meyakinkan demi memenuhi kehendak pelanggan serta mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dengan konsep penambahbaikan berterusan dan semangat kerja berpasukan.


Objektif Kualiti 

Perawatan Pesakit

  1. Memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti, beretika, selamat dan meyakinkan kepada para pelanggan.
  2. Memastikan pesakit menerima khidmat perundingan daripada doktor dalam tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.
  3. Menguruskan pendaftaran dan kemasukan pesakit dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Memastikan ubat-ubatan yang didispenkan kepada pesakit merupakan ubat-ubatan yang tepat berasaskan kepada preskripsi yang dibuat oleh doktor.
  5. Memastikan maklumat dan rekod perubatan pesakit sentiasa lengkap dan kemaskini serta disimpan ditempat yang selamat.
  6. Memastikan kes-kes kecemasan dan memerlukan resasitasi diberi rawatan dengan serta-merta.
  7. Memastikan ujian makmal dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut prosedur yang telah ditentukan dan tepat.
  8. Memastikan ujian pengimejan dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan laporan pengimejan yang tepat serta meyakinkan.
  9. Memastikan segala urusan / aktiviti HUKM dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
  10. Memastikan segala kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit diselenggara dengan sempurna mengikut jadual yang ditetapkan
  11. Memastikan kesejahteraan dan keselamatan diselaraskan oleh semua pihak serta dikawal dengan baik.
  12. Memastikan perkhidmatan penyajian makanan kepada pesakit sentiasa mencukupi dan dibekalkan dalam masa yang telah dijadualkan serta pendispensikan makanan yang tepat.
  13. Memastikan perkhidmatan sokongan klinikal seperti pemulihan perubatan, kawalan infeksi, endoskopi, radioterapi dan onkologi diberikan kepada pesakit yang dirujuk kepada unit berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  14. Memastikan semua urusan pentadbiran seperti sumber manusia, kewangan, pentadbiran am, kualiti serta khidmat pelanggan dan perhubungan awam mengimplementasikan tanggungjawab dan peranan dengan baik bagi menyokong perkhidmatan rawatan kepada pesakit.

Pengurusan Kewangan

  1. Merancang dan menguruskan belanjawan tahunan, perolehan serta bekalan barang-barang gunasama dan bukan gunasama mengikut keperluan perkhidmatan Hospital mengikut peraturan semasa dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Mengurus bayaran kepada pembekal dan kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan.
  3. Mengurus kutipan hasil mengikut polisi caj yang telah ditetapkan serta memastikan setiap pesakit berbayar dikenakan caj dan menerima resit bayaran.
  4. Mengurus pelaburan simpanan tetap Hospital mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Melaksanakan pengurusan aset daripada pembelian sehingga pelupusan.
  6. Menyediakan penyata kewangan tahunan yang benar dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengurusan Sumber Manusia

  1. Memastikan urusan pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan mengikut tatacara dan tempoh yang ditetapkan.