Apa Itu Manometri Anorektal?
Ia adalah ujian bukan invasif yang mengukur kekuatan, koordinasi, dan refleks otot sfinkter dubur serta rektum. Ujian ini membantu doktor memahami punca masalah pembuangan air besar yang tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal biasa.
Mengapa Prosedur Ini Dilakukan?
Prosedur ini biasanya disyorkan untuk pesakit yang mengalami:
- Sembelit kronikyang tidak bertindak balas terhadap rawatan biasa.
- Inkontinensia najis(kebocoran najis atau ketidakupayaan mengawal buangan).
- Gangguan otot lantai pelvis.
- Penilaian sebelum atau selepas pembedahandubur atau rektum.
Langkah-Langkah Prosedur
Ujian ini biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit dan anda akan sedar sepenuhnya sepanjang masa itu.
- Persediaan:Pesakit baring mengiring ke kiri dengan lutut ditarik ke arah dada.
- Pemasukan Kateter:Kateter nipis dan fleksibel (sebesar termometer) yang mempunyai belon kecil di hujungnya akan disapu pelumas dan dimasukkan kira-kira 4 hingga 5 inci ke dalam rektum.
- Pengukuran Tekanan:Kateter disambungkan ke komputer (seperti dalam imej) untuk merekodkan tekanan otot semasa anda diminta untuk:
- Bertenang/Rileks:Untuk mengukur tekanan rehat.
- Mencerut (Squeeze):Untuk mengukur kekuatan otot sukarela.
- Meneran (Push/Bear down):Untuk melihat koordinasi otot semasa cuba membuang air besar.
- Batuk:Untuk melihat refleks automatik otot.
- Ujian Sensasi Belon:Belon di hujung kateter akan dikembungkan dengan udara secara perlahan untuk menguji sensitiviti rektum anda terhadap rasa ingin membuang air besar.
Adakah Ia Menyakitkan?
Prosedur ini secara amnya tidak menyakitkan, tetapi anda mungkin merasa sedikit tidak selesa, tekanan, atau rasa seperti ingin membuang air besar semasa belon dikembungkan
Kadar Caj
Kadar caj terkini :RM 150.00