Digestive & Liver Day Peringkat UKM telah berjaya dijalankan pada 25 Mei 2017 di Pusanika UKM Bangi.Sambutan dari kakitangan dan pelajar amat memuaskan.

Aktiviti :

  1. Saringan untuk mengesan penyakit Kanser Kolorektal secara percuma
  2. Menjalankan Ujian Hepatitis B dan C kepada orang ramai secara percuma
  3. Ujian untuk mengesan penyakit hati (prosedur Fibroscan) dengan bayaran hanya RM50 separuh harga dari harga asal
  4. Ceramah berkenaan penyakit usus dan hati
  5. Ceramah berkenaan obesiti dan pemakanan serta sesi kaunseling dan penarangan berkenaan obesiti.
  6. Pameran peralatan Endoskopi dan juga pameran dari syarikat lain yang membuka booth serta penjualan vitagen kepada kakitangan dan pelajar UKM.

Impak :

  1. Program ini dapat membina satu masyarakat yang mempunyai  ilmu kesihatan yang tinggi dan bebas dari penyakit usus dan hati.
  2. Kakitangan dan pelajar serta masyarakat yang tidak mampu untuk membuat  pemeriksaan kesihatan dapat terus menjalani ujian kesihatan usus dan hati secara percuma.Ini dapat memberi ruang golongan tidak berupaya membuat langkah pencegahan awal dan dapat mendapatkan rawatan awal jika maklumat dan ujian didapati positif.
  3. Masyarakat dapat berjumpa sendiri dengan pakar-pakar didalam bidang usus dan hati ini dan bertanya sebarang pertanyaan dan keraguan berkenaan penyakit usus dan hati ini.
  4. Dengan penerangan semasa program ini dijalankan, maka masyarakat yang mana mempunyai ketakutan dalam pemeriksaan kesihatan yang melibatkan usus dan hati ini tidak lagi gusar kerana penerangan lanjut dan video yang ditayangkan dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan usus dan hati yang mana sekarang menjadi pembunuh senyap utama.
  5. Hasil dari pemeriksaan dan kaunseling di booth obesity terdapat beberapa warga UKM yang menjalani kaunseling mengalami masalah obesiti dan mereka ini telah dirujuk terus ke klinik obesiti surgeri di Pusat Perubatan UKM untuk rawatan lanjut.
  6. Di dalam keadaan ekonomi masa kini, kos hospital telah meningkat jadi dengan saringan dan ujian dapat mengesan penyakit ditahap awal dan kemungkinan kos perubatan tinggi dapat dielakkan
  7. Dapat memupuk  budaya sayangkan kesihatan diri dan keluarga dikalangan masyarakat .