Program Digestive & Liver Day 2017 peringkat hospital telah dijalankan pada 12 Januari 2017 bertempat di Lobi Utama,Pusat Perubatan UKM.Program ini telah dijalankan dengan jayanya.Program ini dapat membina satu masyarakat yang mempunyai  ilmu kesihatan yang tinggi dan bebas dari penyakit usus dan hati.Masyarakat yang tidak mampu untuk membuat  pemeriksaan kesihatan dapat terus menjalani ujian kesihatan usus dan hati secara percuma.Ini dapat memberi ruang golongan tidak berupaya membuat langkah pencegahan awal dan dapat mendapatkan rawatan awal jika maklumat dan ujian didapati positif.Hasil dari ujian dan saringan ini,didapati terdapat 3 orang yang positif hepatitis B, seorang positif hepatitis C dan seorang mendapat kanser usus yang mana beliau telah selamat menjalani pembedahan.Ini adalah antara impak terbesar yang kami dapat dalam menjayakan program ini.Jika beliau tidak melalui ujian saringan Penyakit Kanser Kolorektal ini di peringkat awal maka sel kanser mungkin akan merebak dengan cepat.