
Ujian pernafasan diagnostik digunakan untuk mengenalpasti jangkitan Helicobacter Pylori, bakteria yang mengakibatkan gastritis,ulser gastrik dan penyakit ulser peptik.Ia adalah berdasarkan kepada keupayaan H.pylori untuk menukar urea kepada ammonia dan karbon dioksida.
Persediaan Sebelum Ujian
Ketepatan ujian ini sangat bergantung kepada persediaan anda. Kegagalan mematuhi langkah ini boleh menyebabkan keputusan negatif palsu:
- Puasa: Perlu berpuasa (tidak makan atau minum) sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum ujian.
- Hentikan Antibiotik: Jangan ambil sebarang antibiotik sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum ujian.
- Hentikan Ubat Perut (PPI): Ubat seperti Omeprazoleatau Lansoprazole perlu dihentikan 2 minggu sebelum ujian.
- Berhenti Merokok: Jangan merokok sekurang-kurangnya 1 jam (beberapa klinik menyarankan sehingga 6 jam) sebelum ujian dijalankan.
Kadar Caj
Caj prosedur ini adalah sebanyak RM288.00