{"id":29369,"date":"2026-11-16T12:46:53","date_gmt":"2026-11-16T04:46:53","guid":{"rendered":"https:\/\/hctm.ukm.my\/hctm-tawar-pemeriksaan-kesihatan-percuma-mnerusi-sehati-sihat-2026\/"},"modified":"2026-11-16T17:02:54","modified_gmt":"2026-11-16T09:02:54","slug":"hctm-tawar-pemeriksaan-kesihatan-percuma-mnerusi-sehati-sihat-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/hctm-tawar-pemeriksaan-kesihatan-percuma-mnerusi-sehati-sihat-2026\/","title":{"rendered":"HCTM Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma Mnerusi Sehati Sihat 2026"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 265 penduduk setempat menerima manfaat pemeriksaan dan saringan kesihatan percuma menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Keluarga (SEHATI SIHAT 2026) anjuran Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, hari ini. Program di bawah inisiatif KPT Prihatin MADANI menerusi platform Mobile Community Services HCTM itu dirasmikan oleh wakil Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Shahizon Azura Mohamed Mukari, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan HCTM.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penganjuran program buat kali ketiga ini mencerminkan komitmen berterusan serta kerjasama strategik antara HCTM dengan JAWI dalam memperkasa kesihatan keluarga, khususnya kesihatan wanita. Kerjasama antara institusi kesihatan dan institusi agama ini penting bagi mendekati masyarakat secara lebih menyeluruh, di samping meningkatkan akses kepada pendidikan kesihatan, pencegahan penyakit dan perkhidmatan kesihatan.<\/p>\n<p>Pelbagai perkhidmatan disediakan kepada orang ramai, antaranya pemeriksaan tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), paras gula dalam darah, saringan anemia, ultrabunyi pelvis, ujian Pap smear dan HPV DNA serta saringan gejala pembesaran prostat. Pemeriksaan kesihatan jantung melalui elektrokardiogram (ECG) dan bedside echocardiography turut ditawarkan kepada peserta yang dikenal pasti mempunyai faktor risiko. Program ini juga diserikan dengan ceramah dan forum kesihatan, senaman berkumpulan serta aktiviti pendidikan interaktif berkaitan pemakanan seimbang, tumbesaran dan pencegahan obesiti kanak-kanak.<\/p>\n<p>Penganjuran ini mencerminkan komitmen HCTM dalam memperluas perkhidmatan kesihatan kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit.<\/p>\n<hr \/>\n<p>Galeri Foto: <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/share\/p\/1c8MLBbN8B\/\">https:\/\/www.facebook.com\/share\/p\/1c8MLBbN8B\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 265 penduduk setempat menerima manfaat pemeriksaan dan saringan kesihatan percuma menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Keluarga (SEHATI SIHAT 2026) anjuran Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, hari ini. Program di bawah inisiatif KPT Prihatin MADANI menerusi platform Mobile Community [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":29317,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[164,109],"tags":[],"class_list":["post-29369","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-164","category-berita-en"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29369"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29370,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29369\/revisions\/29370"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29317"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}