{"id":29173,"date":"2026-11-04T15:53:30","date_gmt":"2026-11-04T07:53:30","guid":{"rendered":"https:\/\/hctm.ukm.my\/hctm-anjur-sambutan-hari-integriti-2026-pupuk-nilai-integriti-ketelusan-dan-amanah-dalam-perkhidmatan-kesihatan\/"},"modified":"2026-11-04T15:53:30","modified_gmt":"2026-11-04T07:53:30","slug":"hctm-anjur-sambutan-hari-integriti-2026-pupuk-nilai-integriti-ketelusan-dan-amanah-dalam-perkhidmatan-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/hctm-anjur-sambutan-hari-integriti-2026-pupuk-nilai-integriti-ketelusan-dan-amanah-dalam-perkhidmatan-kesihatan\/","title":{"rendered":"HCTM Anjur Sambutan Hari Integriti 2026: Pupuk Nilai Integriti, Ketelusan dan Amanah dalam Perkhidmatan Kesihatan"},"content":{"rendered":"<p>Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Sambutan Hari Integriti 2026 Peringkat HCTM yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja\u2019afar pada pagi ini. Penganjuran sambutan bersempena dengan Sambutan Hari Integriti Nasional 2026 yang bertemakan \u201cIntegriti Kita, Nilai Kita\u201d bertujuan memperkukuh penghayatan serta amalan integriti dalam kalangan warga kerja hospital.<\/p>\n<p>Pengarah HCTM, YBhg. Dato\u2019 Dr. Azmi Baharudin berkata, integriti merupakan asas utama kepada keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam, khususnya dalam sektor perkhidmatan kesihatan. Menurut beliau, integriti di peringkat hospital dizahirkan menerusi kejujuran pentadbiran, ketelusan pengurusan sumber, keadilan perkhidmatan tanpa mengira latar belakang pesakit, serta amanah dalam memelihara nyawa dan maruah insan.<\/p>\n<p>\u201cDi HCTM, setiap hari kita memikul amanah yang besar termasuk menjaga kerahsiaan maklumat peribadi pesakit, harta benda dan wang tunai milik pesakit, mengurus peruntukan awam serta memelihara kepercayaan keluarga yang menyerahkan insan tersayang kepada penjagaan kita. Sebarang keputusan yang tidak telus atau tindakan yang tidak beretika boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan aluan.<\/p>\n<p>Sambutan pada kali ini disemarakkan dengan pelbagai program interaktif yang diadakan bermula 21 Oktober hingga 5 November 2026. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Pertandingan Kreativiti Poster AI Integriti, aktiviti media sosial seperti Teka Peribahasa dan Video Pendek Integriti, serta Kursus \u201cPandu Citra: Memacu Integriti Profesional\u201d.<\/p>\n<p>Acara kemuncak sambutan menampilkan sesi Ucaptama Integriti bertajuk &#8220;Integriti Bertunjang Ilmu: Mantap Diri, Kukuh Organisasi&#8221; yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Kehadiran mantan Timbalan Ketua Polis Negara yang juga alumni UKM itu disifatkan amat bermakna dalam memberikan perspektif mendalam berkenaan cabaran integriti, risiko penyalahgunaan kuasa, dan kepentingan memelihara kepercayaan rakyat.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Majlis turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM, YBhg. Prof. Dato\u2019 Dr. Marina Mat Baki; wakil Pengarah Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM), YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim Abd Rashid; wakil Pengarah Pusat Integriti dan Ombudsman UKM, Encik Seng Chuan Din Wan; Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Encik Mursidi Ahamad; serta barisan pegawai kanan dan warga HCTM. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<hr \/>\n<p>Galeri Foto: <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/share\/p\/19kiPcjqWH\/\">https:\/\/www.facebook.com\/share\/p\/19kiPcjqWH\/<\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Sambutan Hari Integriti 2026 Peringkat HCTM yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja\u2019afar pada pagi ini. Penganjuran sambutan bersempena dengan Sambutan Hari Integriti Nasional 2026 yang bertemakan \u201cIntegriti Kita, Nilai Kita\u201d bertujuan memperkukuh penghayatan serta amalan integriti dalam kalangan warga kerja hospital. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":29169,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[164,109],"tags":[],"class_list":["post-29173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-164","category-berita-en"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29173"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29173\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29169"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}