Public Lecture and Book Launch Ceremony “Maristans and Islamic Psychology”

Syarahan Umum dan Majlis Pelancaran Buku “Maristans and Islamic Psychology” anjuran  Unit Tulus, Jabatan Psikiatri  telah diadakan pada 17 Julai 2025 (Khamis), di Auditorium HCTM. Program ini adalah anjuran bersama Sekretariat Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat (HEJIM), Fakulti Perubatan dan Nur Innai Islamic Publication & Academy. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur UKM.
Majlis ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pendekatan holistik dan sensitif budaya dalam rawatan kesihatan mental, serta mengukuhkan jaringan akademik antarabangsa. Biografi penceramah telah disampaikan oleh Dr. Fatimah Abdullah, Isteri Allahyarham Prof. Dr. Malik Badri, pakar psikiatri diikuti dengan syarahan umum “Strong Roots Lead to Blossoming Fruits” telah disampaikan oleh Dr. Rania Awaad, Psikiatri Klinikal dari Stanford University, Amerika Syarikat. Dr. Rania merupakan Pengarah Stanford Muslim Mental Health and Islamic Psychology Lab yang terkenal dengan kepakarannya dalam psikiatri Islam serta sumbangan beliau melalui inisiatif seperti Muslim Suicide Response Toolkit dan kajian tentang warisan Maristan iaitu pusat rawatan Islam tradisional yang menggabungkan aspek kesihatan fizikal, mental, dan rohani.
Majlis ini turut memperkenalkan Unit Tulus, inisiatif baharu Jabatan Psikiatri, HCTM, UKM yang memberi tumpuan kepada psikoterapi berasaskan nilai (value-based psychotherapy). Unit ini ditubuhkan pada April 2025, memberi  perkhidmatan psikoterapi yang bukan sahaja saintifik tetapi juga merangkumi dimensi rohani dan kemanusiaan pesakit. Ketua Unit Tulus dan Pengerusi Penganjur, Dr. Farah Nabila Abd Majid, menyatakan penubuhan unit ini sejajar dengan visi UKM untuk menjadi pusat kecemerlangan kesihatan mental yang progresif, inklusif, dan peka budaya.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan, UKM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta tetamu jemputan.

Search

+