Infaq Program Set for Funeral Management
CHERAS, 1 Ogos 2024 – Majlis Penyerahan Set Infaq Pengurusan Jenazah anjuran Jabatan Kualiti telah diadakan petang tadi di Surau Ibnu Sina, HCTM. Program Infaq Set Pengurusan Jenazah ini dilaksanakan sejak September tahun lepas dan hasil daripada kutipan tersebut, Jabatan Kualiti telah membeli sebanyak 79 set pengurusan jenazah untuk diagihkan kepada dua buah surau dan sebuah masjid. Surah dan masjid yang menerima sumbangan ini ialah Surau Ibnu Sina HCTM, Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, dan Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Penyerahan set ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM kepada Ustaz Hasrizal Hassan, wakil Surau Ibnu Sina, Tuan Haji Rosli Hj. Shafie, wakil Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan Tuan Haji Mohd Akashah Abd Aziz, Pengerusi badan Khairat Kematian Penduduk Islam Taman Jaya. Usaha ini dilakukan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga si mati memandangkan Kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat.
Turut hadir menyaksikan sesi serahan ini, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan Encik Ahmad Zamri Noordin, Pengerusi Surau Ibnu Sina.

