Closing Ceremony of the National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Competence 2023

10 Oct 2023 2023, News, News 2023

National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Compentence Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM (JPMD) dan Persatuan Pegawai Sains Malaysia (PPSM) telah diadakan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Oktober 2023. Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta tentang versi terkini garis panduan MS ISO 15189:2022.

Jabatan Standards Malaysia telah mengeluarkan makluman tentang perubahan ini kepada semua makmal di bawah Sistem Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) terutamanya di bawah Akreditasi Makmal Perubatan untuk bertukar kepada standards versi 2022 ini sebelum Februari 2024. Penganjuran bengkel ini adalah usaha untuk membuat perubahan tersebut. Dua penceramah jemputan iaitu Puan Fariza Wan Abdullah daripada Jabatan Standard Malaysia dan Puan Rozita Abdullah daripada Hospital Sungai Buloh telah memberi penerangan sepanjang bengkel itu diadakan.

Majlis Penutup National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Compentence Peringkat Kebangsaan 2023 telah diadakan pada 5 Oktober 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Turut hadir Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Dr. Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dan Penasihat Program National Workshop MS ISO 15189:2022 Peringkat Kebangsaan 2023, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Para tetamu jemputan dan UKM.

Search

+