Korban and Akikah program organized by Surau Ibnu Sina, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
CHERAS, 19 Jun 2024 – Program Korban dan Akikah anjuran Surau Ibnu Sina, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah dilaksanakan pada 10 Zulhijah 1445H selepas selesai Solat Sunat Aidiladha. Hampir 200 orang kakitangan yang hadir telah bertugas sebagai sukarelawan untuk menumbangkan 10 ekor lembu dan tiga (3) ekor kambing untuk ibadah korban pada tahun ini. Program dijalankan secara gotong-royong bermula dengan melapah daging, memotong, mengagih seterusnya menyediakan juadah makan tengah hari untuk kakitangan dan hadirin yang hadir.
Program kali ini mendapat sokongan Pengurusan HCTM apabila YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM yang turut turun padang untuk bersama-sama dengan kakitangan bagi menjayakan ibadah korban. Turut hadir di dalam program ini, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM dan warga UKM.










































