Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana

26 Apr 2022 2022, News

CHERAS, 21 April 2022 – Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana yang diketuai oleh Ustaz Hasrizal Hasal telah diadakan di Surau Ibnu Sina HCTM pada jam 12.00 tengahari semalam. Program anjuran Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM dan Surau Ibnu Sina diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak HCTM dan sebagai salah satu aktiviti mengimarahkan bulan Ramadhan. Seramai 30 orang telah menyertai aktiviti bermunajat beramai-ramai secara fizikal di Surau Ibnu Sina. Siaran langsung secara atas talian di HCTM TV juga turut diadakan kepada warga HCTM dan UKM yang berkelapangan untuk turut serta dalam program ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM dan diikuti dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada wakil kakitangan terpilih. Turut hadir dalam program ini Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM.

 

Search

+