Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) merupakan sebuah pusat latihan kemahiran pembedahan termaju yang memusatkan instrumentasi-instrumentasi dan fasiliti-fasiliti yang berteknologi tinggi dan berkepakaran global. ASSC ditubuhkan dengan objektif awal untuk memberikan latihan kemahiran praktikal dalam bidang pembedahan invasif minimum atau juga dikenali sebagai ‘keyhole surgery’.

ASSC mempunyai kemudahan prasarana yang canggih dan bertaraf antarabangsa serta kebolehupayaan mengendalikan kursus yang pelbagai. ASSC ditubuhkan sejajar dengan dasar kerajaan untuk mengukuhkan lagi bidang pendidikan tinggi berkualiti di Malaysia agar mencapai hasrat negara serantau dan global. ASSC yang mempunyai segala kelengkapan canggih dan tenaga pengajar yang berpengalaman mampu menarik minat negara luar untuk menjalankan kursus-kursus yang berasaskan perubatan.

Penubuhan ASSC merupakan perkembangan penting dalam sejarah perubatan di Malaysia dan mampu menjadi titik tolak kepada lonjakan reputasi UKM khususnya dan Malaysia amnya sebagai hab pendidikan tertiari dan hab untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan bernilai tinggi di rantau ini..