TUJUAN PENUBUHAN

Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan kemahiran yang tinggi untuk semua bentuk bidang berkaitan pembedahan. Pusat ini bertanggunjawab dalam memberikan latihan kemahiran berasaskan perubatan. Pusat ini terlibat secara langsung di dalam pengajaran pra siswazah, pasca siswazah dan kajian klinikal berkaitan dengan bidang surgeri. Pusat ini juga mampu menjadi pusat penyelidikan berasaskan haiwan untuk peningkatan kemahiran pembedahan dan menyediakan kemudahan fizikal seperti :

  1. Latihan tenaga pakar pembedahan dalam penggunaan teknologi pembedahan termaju seperti laparoskopi, endoskopi dan pembedahan kompleks berteknologi tinggi yang lain.
  2. Menjalankan program penyelidikan dan permindahan teknologi bidang laporoskopi dan endoskopi peringkat lanjutan berbagai disiplin.
  3. Mengukuhkan kepakaran tenaga tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi dan kepakaran luar.
  4. Menjadikan pusat ini sebangai pusat kecemerlangan ‘Skill Surgery’ di rantau Asia.
  5. Memberi khidmat pembedahan laparoskopi dan endoskopi yang dapat menarik ramai pesakit luar negara dan membantu merealisasikan pelancongan berasaskan perubatan (Health Tourism).