Bengkel: Thyroid Ultrasonography for Surgeon Workshop 2022
Seramai 20 orang peserta telah menghadiri Bengkel Thyroid Ultrasonography anjuran Unit Payudara & Endokrin, Jabatan Surgeri HCTM pada 14 Mac 2022, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di UKMMC Samsung Sono School, Advanced Surgical Skills Centre (ASSC). Bengkel Thyroid Ultrasonography dianjurkan dengan tujuan untuk melatih pakar-pakar bedah tentang teknik Ultrasounds yang betul ke atas pesakit di samping memberi pendedahan mengenai prosedur Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC).









