The 9th Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student (Finale)

5 Jul 2022

The 9th Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student (Finale) telah dijalankan pada 25 Jun 2022 yang lalu bermula pada pukul 8.00 Pagi di Wet Lab (The Scapel), ASSC dengan kehadiran 33 pelajar perubatan  dari pelbagai universiti awam dan swasta diseluruh Malaysia. Bengkel ini adalah satu bengkel peringkat kebangsaan dijalankan di ASSC sejak tahun 2013 secara tahunan. Setiap peserta akan diajar mengenal jenis peralatan pembedahan asas bagi jahitan luka, ‘gowning & gloving’ , jenis-jenis jahitan luka dan ‘knot tying’. 10 orang peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir di mana mereka akan diuji dengan beberapa stesen interaktif yang memfokuskan kepada kemahiran dan teknik asas jahitan serta keupayaan mereka dalam membuat keputusan.

Bengkel ini mendapat kerjasama daripada industri luar iaitu College of Surgeons Malaysia dan Johnson and Johnson Sdn. Bhd. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada instrumen asas surgeri yang digunakan ketika jahitan luka, menambahkan ilmu dan kefahaman teori peserta terhadap fungsi dan jenis-jenis suture serta melahirkan lebih ramai pelajar perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknik asas jahitan luka.

Search

+