Program: Taklimat Integriti Bersama SPRM
UKM Holdings Sdn Bhd telah menganjur kursus Taklimat Integriti Bersama SPRM pada 16 Mac 2022 bertempat di Auditorium Advanced Surgical Skills Centre (ASSC). Taklimat yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang telah dihadiri oleh 50 orang peserta. Objektif penganjuran utama kursus ini adalah untuk membudayakan integriti dan menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam kalangan kakitangan. Kursus ini merangkumi konsep asas tentang nilai integriti, bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kehidupan seharian serta dalam organisasi, dan langkah-langkah pencegahan rasuah. Isu dan kes rasuah sebenar juga turut dibincangkan dalam sesi soal jawab.






