PROGRAM: ASSC BOWLING TOURNAMENT 2019
Tahniah diucapkan kepada semua staff ASSC dan Rakan Industri yang terlibat kerana berjaya menjayakan program ASSC Bowling Tournament 2019 pada 10 April 2019 bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan sebagai satu bentuk program mengeratkan hubungan sesama rakan industri yang telah banyak menyumbang dalam perkembangan ASSC di samping meraikan ulang tahun ASSC yang ke-5. Di samping itu juga, aktiviti ini dilihat sedikit sebanyak berupaya membentuk nilai dan etika yang sihat dan murni dalam kalangan staff ASSC dan rakan industri. Seramai 5 rakan industri yang terlibat iaitu B Braun Sdn Bhd, Indizium Sdn Bhd, LAC Medical Sdn Bhd, Wah Cool dan UNAM Sdn Bhd.

